Lelaki Bakar Isteri Ke Tali Gantung

GEORGETOWN – Penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah membakar isterinya, tiga tahun lalu.

 

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan menjatuhkan hukuman itu ke atas Chiam Nguang Huat, 42, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah dalam kes terbabit.

 

Tertuduh didakwa membunuh isterinya, Lai Siew Fong, 36, di hadapan dua anak mereka dengan membakar mangsa di rumah di Taman Bayu Mutiara, Seberang Prai Tengah pada 4 petang, 24 Jun 2013.

 

Tertuduh yang memakai kemeja merah kelihatan tenang sejurus hukuman gantung ke atasnya diputuskan mahkamah dan sempat mengangguk ke arah ahli keluarganya yang hadir. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.