PRK Bukit Gelugor : Abu Backer Tarik Diri, Dakwa Dirinya Kecewa

Bukit Gelugor – Kurang 24 sebelum pengundian pagi esok, calon bebas paling banyak gimik dalam pilihan raya kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan hari ini mengisytiharkan telah ‘menang’.

Beliau malah meninggalkan Bukit Gelugor malam ini bersama penyokong-penyokongnya untuk ke pusat peranginan Langkawi, Kedah.

Menurut beliau calon bebas telah menjadi mangsa kerana tiada harapan menewaskan DAP di tempat yang tidak ditandingi BN.

“Aku tarik diri dan tidak bertanding kerana kecewa dengan sistem pilihan raya negara ini,” katanya di hadapan seorang lagi calon bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Abdul Sathar di padang kampung Melayu Air Itam sebentar tadi.

Beliau turut mempertikaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa bertindak sambil lewa dan tidak membuka pejabat untuknya menghantar nama ejen pengundian dan pengiraan hari ini.

“Masa Najib bertanding di Pekan selepas kematian bapanya, semua parti bagi ‘walkover’ sekarang ini Najib nak balas jasa Karpal yang juga pemimpin besar,” kata beliau.

“Sebab BN tak bertanding mereka (SPR) tak peduli,” kata beliau.

Bagaimanapun Backer tetap ceria dan membuat majlis makan malam dan solat maghrib untuk penyokong dan pengunjungnya.

“Saya tak ada esok. Semua penyokong saya akan ikut saya ke Langkawi,” kata beliau. – Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.