Pinjam Tapir Kepada China

Kuala Lumpur – Malaysia dijangka memilih tapir atau nama saintifiknya tapirus indicus untuk dipinjamkan kepada China sebagai balasan dan menghargai langkah negara itu meminjamkan pasangan panda gergasi dari Chengdu, China, Fu Wa dan Feng Yi yang tiba di sini kelmarin.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, perkara itu telah disampaikan Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang dalam perbincangan persahabatan antara kedua-dua pemimpin baru-baru ini.

Menurut beliau, beberapa haiwan lain mungkin turut dipinjamkan namun belum ada sebarang perbincangan serius dijalankan termasuk tarikh penghantarannya.

“China sudah menyampaikan kepada saya mungkin dalam beberapa bulan lagi, mungkin dua ekor (akan dihantar) dan kita memang sudah melakukan perbincangan persahabatan untuk menghantar tapir ke sana. Perkara ini akan diputuskan nanti,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.