Penunggang Motosikal Maut

Sandakan – Seorang penunggang maut manakala pemboncengnya cedera parah apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan di simpang Taman Grand View, Jalan Buli Sim-Sim.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata kejadian berlaku pukul 10 malam dan mangsa, Habib Salleh Shariff Mohamad, 21, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent.

Rakannya yang dikenali sebagai Mohd Nur Naim Shafiq, 21, yang cedera parah turut dirawat di hospital sama dan keadaannya dilapor stabil, katanya.

Menurut Rowell, siasatan awal mendapati motosikal mangsa dirempuh oleh jip yang keluar dari simpang Taman Grandview.

Pemandu jip berusia 61 tahun itu tidak mengalami kecederaan dan keterangannya sudah diambil, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.