Pelajar Mati Lemas

Kuantan – Seorang pelajar tingkatan dua ditemui mati lemas selepas kira-kira 10 minit tenggelam dalam arus deras ketika mandi dengan beberapa rakannya di Sungai Pahang dekat Felda Kota Gelanggi 3, Jerantut semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut ASP Tey Kong Seng berkata mayat Mohamad Firdaus Mohd Zahir, 14, beralamat di Felda Kota Gelanggi 1 ditemui pasukan penyelamat pada kira-kira 3.25 petang.

“Polis menerima maklumat kehilangan mangsa pada pukul 3.15 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian, bagaimanapun mayat mangsa dijumpai sepuluh minit kemudian di kawasan dia dilaporkan hilang,” katanya menurut laporan Bernama.

Katanya mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat yang memgesahkan kematiannya akibat lemas.

“Keluarga mangsa sudah menuntut jenazah mangsa bagi urusan pengebumian,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.