MIC Desak Reyer Minta Maaf, Jangan Cuba Jadi Hero Masyarakat India

Teluk Intan – Timbalan Ketua MIC Perak, S Morgan mengesa ADUN Seri Delima dari DAP, RSN Rayer agar menarik kembali kenyataannya dan membuat permohonan maaf secara terbuka di atas keterlanjurannya mengungkap perkataan menghina UMNO di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang baru-baru ini.

Menurut Morgan, Umno juga perlu bertindak dengan mengambil tindakan mahkamah diatas kebiadap tersebut bagi mengelakkan perkara ini terus berulang.

“Dia (Reyer) perlu tarik balik.

“Dia rasa sebab DAP menang di Pulau Pinang, mereka sudah kuat dan boleh melakukan apa sahaja dengan bercakap perkara yang tidak sepatutnya” katanya kepada wartawan Suara.TV petang tadi.

Morgan turut mengessa agar Reyer lebih memberikan tumpuan kepada pembangunan negeri khususnya menjaga kebajikan masyarakat India dari membuat kenyataan-kenyataan yang boleh merosakan keharmonian kaum di negara ini.

“MIC memang tidak bersetuju dengan kenyataan dia dan tolong jaga tepi kain sendiri sebelum sibuk hal orang” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, kenyataan Reyes itu hanya bertujuan untuk menarik perhatian DAP dengan menjadi hero kononnya dia berani menentang UMNO dan Barisan Nasional.

“Ini orang cuba jadi hero, suruh dia jadi hero pada DAP sahaja dan bukan pada masyarakat India.

“Pada saya dia tidak pernah membantu masyarakat India, cuba cakap pada saya apa yang dia pernah buat pada kaum India? soalnya pula.

Selasa lalu, Rayer yang juga Ketua Penyokong Kerajaan DAP Pulau Pinang mencetuskan kekecohan selepas melabel UMNO sebagai ‘celaka’.

Ekoran kebiadaban Rayer yang dilihat menyalahgunakan imuniti DUN dengan mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya itu, sekumpulan hampir 100 lelaki kelmarin bertindak menyerang dan merempuh pintu DUN Pulau Pinang bagi mendapatkan penjelasan wakil rakyat berkenaan berhubung keceluparannya itu.

Meskipun menyedari kebiadabannya itu membangkitkan kemarahan pelbagai pihak terutama ahli UMNO, Rayer tetap enggan menarik balik atau memohon maaf atas penggunaan perkataan ‘celaka’ berkenaan.

Di kemudiannya sekali lagi bertindak biadab dengan mengulangi celaan itu dalam ceramah terbuka DAP semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.