Gambar : Poster Calon BN Disimbah Cat Hitam

Teluk Intan -Beberapa poster dan kain rentang kempen Barisan Nasional (BN) untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dikesan telah disabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab, di beberapa lokasi antaranya Pasar Besar Teluk Intan, Jalan Bakar Sampah, Batu 12 Air Hitam, Padang Speedy Road dan Kampung Bahagia Teluk Intan

Tinjauan wartawan Suara.TV ke lokasi kejadian mendapati terdapat semburan cat hitam disimbah ke papan iklan yang tertera gambar calon BN, Datuk Mah Siew Keong.

Malah beberapa papan iklan lain yang tertera gambar pemimpin tertinggi parti itu turut menjadi mangsa simbahan cat, selain turut dirosakkan.

Salah seorang penduduk Jeffry Chia, 37 ketika ditemui menyifatkan perbuatan tersebut sebagai memalukan, sekali gus menjejaskan keharmonian masyarakat setempat, selain menunjukkan fahaman politik sempit yang cuba diamalkan oleh pihak tertentu.

“Saya yakin perbuatan tidak bertanggungjawab ini dilakukan oleh mereka yang berfikiran sempit dan kebudak-budakkan.

“Sepatutnya kempen secara sihat bagi sama lain dan tidak ada masalah di sini walaupun kami berbeza ideologi politik,” katanya ketika ditemubual pagi ini.

Setiausaha Penganjur Kebangsaannya, Lau Hoi Keong sebelum ini berkata, beliau kesal dengan tindakan itu.

Katanya, terdapat juga provokasi yang dipercayai dilakukan oleh penyokong DAP, berdasarkan warna pakaian dan bendera yang DAP dipasang pada basikal yang sengaja ditunggang berulang alik di hadapan trak Gerakan ketika mereka mengadakan ceramah pagi, semalam.

Poster Mah 2

 

 

 

 

 

 

Poster Mah 3

 

 

 

 

 

 

Poster Mah 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.