Gambar Dyana: Taktik “Reverse Psychology” DAP, Polis Perlu Siasat Laporan Palsu

Oleh : Ab Jalil Backer

Menyedari populariti calon mereka makin merudum, DAP mula mencari helah dan simpati orang Melayu kepada Dyana Sofya Mohd Daud. Petang tadi mereka mendakwa gambar palsu Dyana berbikini diedarkan di Masjid Kampung Banjar, Teluk Intan semalam.

“Saya difahamkan ada satu stack gambar ini dijumpai dalam masjid dan kalau ini bukan biadab, saya tak tahu apa lagi itu biadab,” kata MP Batu Kawan, Kasthuri Patto kepada Malaysiakini.com yang mengiringi Lee Chuan How, wakil calon Dyana membuat laporan Polis.

“Perkara ini telah dibawa ke perhatian kami semalam semasa mesyuarat dengan Pakatan Rakyat oleh PAS.

“Mereka yang jumpa risalah ini di kawasan Changkat Jong dan mereka bawa kepada perhatian kami,” kata Lee selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Hilir Perak, petang tadi.

 

Taktik “Reverse psychology” DAP dan Laporan Palsu?

Gambar ini telah pun dimainkan di media sosial sejak dua minggu lepas oleh pihak tertentu. Namun beberapa pengamal media sosial pro-Barisan Nasional sendiri yang membongkarkan gambar tersebut merupakan gambar palsu seorang artis Filipina. Malah, dipercayai gambar ini sengaja disebarkan oleh pengamal media sosial pro-DAP yang dikenali sebagai Red Bean Army.

Kemunculan gambar ini yang telah pun dinyatakan palsu justeru adalah membuang masa untuk Barisan Nasional menyebarkannya lagi.

Dari segi taktik kempen pun pengedaran gambar ini ketika seminggu lagi kempen akan berlangsung sangat tidak menguntungkan Barisan Nasional. Jika Barisan Nasional mahu bermain kotor seperti ini, gambar tersebut akan diedarkan di malam terakhir kempen seperti mana yang selalu dilakukan oleh pembangkang dalam pilihan raya 2008 dan 2013. Ini kerana penyebaran saat akhir akan menyebabkan pihak lawan tidak mampu menangkis atau memberi penerangan yang jelas kepada pengundi.

Justeru apakah Barisan Nasional sebagai parti yang telah memerintah selama lebih 50 tahun begitu bodoh untuk menyebarkan gambar yang telah diketahui umum sebagai palsu, seminggu sebelum pengundian? Jawapannya sudah tentu tidak.

Siapakah yang akan mendapat keuntungan daripada penyebaran gambar palsu ini? Sudah tentu DAP dan Dyana. Mereka tahu orang Melayu judah bersimpati dan emosional dengna serangan-serangan peribadi ke atas seorang wanita, apatah lagi bila serangan tersebut palsu.

Justeru bukan sahaja tidak mustahil, malah kemungkinan besar ia dilakukan oleh, DAP atau sekutu mereka sendiri.

Ini juga bukan pertandingan antara calon Islam lawan calon Islam untuk membolehkan UMNO menggunakan strategi siapa lebih berakhlak seperti yang selalu dilakukan oleh Pas. Oleh kerana lawan Dyana ialah bukan Islam maka tidak timbul pertentangan siapa yang lebih bermoral dan berakhlak. Justeru pengedaran gambar seperti ini tidak akan memberi keuntungan langsung kepada BN.

Sebaliknya gambar ini merupakan taktik meraih undi simpati di kalangan orang Melayu. Mereka berharap orang Melayu terpedaya dan akan menjadi marah kepada BN kerana menggunakan taktik jahat dan memalukan seorang gadis Islam dan ibu bapanya.

Fakta mereka menyatakan risalah tersebut diletakkan di dalam masjid tetapi tiada tangkapan atau saksi di sangat mengelirukan. Mengenali perangai jentera Pas, jika ada mana-mana pihak meletakkan apa-apa risalah ketika pilihan raya yang memburukkan calon Pakatan, mereka akan segera melakukan kepungan dan tangkapan.

Lebih aneh, orang lain yang menjumpai, orang lain pula yang pergi membuat laporan. Mengapa orang kononnya menjumpai risalah ini tidak datang ke balai polis memberi keterangan? Apakah mereka takut rahsia terbongkar apabila polis mula bertanya soalan-soalan terperinci?

Justeru, adalah wajar pihak Polis selain menyiasat kes pengedaran gambar palsu ini, turut menyiasat kemungkinan ini merupakan laporan palsu yang sengaja diada-adakan bagi memburukkan calon parti lawan dan meraih simpati.

 

Sumber : MyKMU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.