Bayar RM3.2 Juta Untuk Ke Bulan Bersama DiCaprio

Cannes – Beberapa calon yang bakal mengikuti ekspedisi meneroka angkasa lepas sanggup membayar AS$1 juta (RM3.2 juta) semalam hanya untuk merasai pengalaman ke bulan bersama Leonardo DiCaprio.

Aktor utama filem Wolf of Wall Street itu membuat tawaran menyertainya dalam pengembaraan hebat itu ketika menyertai majlis lelongan di Cannes, Perancis untuk pertubuhan amal amFAR.

Namun, penganjur majlis berkenaan tidak mengumumkan identiti pemenang bidaan itu.

Mengikut jadual, pengembaraan ke angkasa lepas itu akan diadakan tahun depan. Sementara itu, Pengerusi amFAR, Sharon Stone berjaya mengumpul sebanyak AS$38 juta (RM122 juta) di majlis berkenaan.

Ia tahun kedua DiCaprio menawarkan perjalanan ke angkasa dalam acara lelongan untuk pertubuhan kebajikan AIDS itu.

Tahun lalu, seorang hartawan Russia Vasily Klyukin membayar AS$1.5 juta (RM4.8 juta) untuk meneroka angkasa bersama DiCaprio dengan kapal angkasa Virgin SpaceshipTwo. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.