Arwah Ayah Pesan Jaga Adik

Kuala Lumpur – “Biasanya ayah selalu terus keluar bekerja, tapi semalam dia sempat beri nasihat supaya saya menjaga adik-adik,” kata Mohd Haikal Jefri, 16, anak sulung kepada pasangan suami isteri yang maut akibat digilis lori muatan tanah di Jalan Cheras di sini pagi, semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata ibunya pula tidak banyak bercakap sejak seminggu lalu.

Menurut Mohd Haikal, dia tidak menyangka ciuman tangan ibu dan bapanya pagi semalam adalah yang terakhir bagi mereka adik-beradik sebelum menjadi yatim piatu.

Bagaimanpun, dia reda dengan kejadian itu dan akan menjaga adik-adik yang masih kecil dengan bantuan ibu dan bapa saudara.

“Saya dan adik-adik tak akan berpisah, lagi pun ibu dan ayah saudara sudah beritahu akan jaga kami,” katanya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.