Video: Mahathir Hanya Tinggal Nostalgia, Nawawi Tak Gentar

ALOR SETAR – Penyandang kerusi parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad akan mempertahankan kerusi berkenaan dan berdepan pencabarnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengumuman tersebut dilakukan oleh Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah di kediaman rasmi Menteri Besar Seri Mentaloon, hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Langkawi itu yakin rakyat Langkawi akan membuat pilihan bijak dengan memilih anak watan yang benar-benar bekerja demi menyelesaikan masalah mereka dan tidak terpengaruh dengan sentimen nostalgia semata-mata.

“Dalam kes wakil rakyat kita perlu pilih orang yang boleh kerja siang malam bukan nak pilih seorang wakil rakyat yang hanya datang untuk bertanding dan kemudian dia berada di Kuala Lumpur,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.