Video : KJ Menteri Iron Man – Fadillah Yusuf

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUCHING – Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusuf menyifatkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai ‘Menteri Iron Man’.

 

Fadlillah berkata, perkara yang membuatkan Menteri Belia dan Sukan itu digelarkan sebagai superhero, Iron Man kerana beliau (Khairy) banyak terlibat dalam aktiviti ekstrim.

 

 

“Kamek (saya) menggelarkannya sebagai Iron Man, sebab belum pernah (dalam) sejarah Malaysia, mana-mana menteri yang boleh ikuti program Iron man.

 

“Program seperti berenang, naik basikal, payung terjun semuanya dia (khairy) sudah (buat) kalau sik (tak) percaya buka baju macam besi semua dalamnya,”katanya.

 

Terdahulu, Fadillah menyifatkan perebutan kerusi antara parti pembangkang PKR dan DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak adalah budaya yang tidak menguntungkan rakyat negeri itu.

 

Beliau berkata, rakyat Sarawak perlu memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) yang merupakan gabungan parti politik daripada pelbagai bangsa yang sentiasa memperjuang hak rakyat. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.