Kemelut Terengganu Dijangka Selesai

KUALA TERENGGANU – Kemelut  yang melanda Negeri Terengganu yang melibatkan isu penarikan gelaran dan darjah kebesaran kepada Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dijangka akan dapat diselesaikan.

 

Menurut sumber kerajaan negeri perkara itu merupakan isu salah faham dan dijangka bakal selesai dalam masa terdekat.

 

“Tak, isu kecil dan laporan berita tersebut banyak yang tak betul dan perkara ini dijangka akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

 

“Pada saya apa pun kita sepatutnya tunggu kenyataan rasmi dari pihak Istana Terengganu, mohon jangan sebarkan spekulasi,” katanya yang meminta agar identitinya dirahsiakan.

 

Terdahulu, Sultan Terengganu dikatakan murka terhadap ucapan Menteri Besar itu ketika mengiringi Baginda solat Jumaat kelmarin. -SuaraTV

One thought on “Kemelut Terengganu Dijangka Selesai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.