Katak Masak Kicap Lebih Lazat Dari Ayam

SIBU – Mungkin di Semenanjung kita jarang mendengar apatah lagi melihat makanan-makanan eksotik yang biasanya digemari oleh masyarakat Cina untuk pelbagai tujuan termasuk untuk tujuan perubatan.

 

Bagi penduduk di Sarawak selain daripada kaum Cina, bangsa Iban yang mana kehidupan mereka lebih hampir dengan alam semulajadi, makanan eksotik ini merupakan makanan biasa mereka.

 

Makanan-makanan eksotik seperti katak ini mudah didapati terutamanya di pasar-pasar untuk yang mentah dan di restoran-restoran untuk yang sudah dimasak.

 

Menurut seorang peniaga, Sonia Tang, 29, katak sungai yang dikenali sebagai ‘Pamak’ ini boleh didapati dengan mudah di Sungai Katibas dan Sungai Song.

 

“Kebiasaannya Pamak dibuat masak kicap, goreng atau sup. Rasanya lebih lazat dari ayam,” katanya.

 

Pamak dijual di pasar-pasar seperti di Central Market Sibu dengan harga RM25 untuk empat ekor. – SuaraTV

One thought on “Katak Masak Kicap Lebih Lazat Dari Ayam

  • June 28, 2017 at 9:03 am
    Permalink

    Masak tiga rasa pun OK jugak…!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.