Video: Addi Asyraf Peluk, Cium Ketika Jumpa PM

KUCHING – Hasrat seorang pesakit Allagile Syndrome (penyakit hati), adik Addi Asyraaf ingin berjumpa sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya tercapai petang tadi.

 

Najib ketika mengadakan lawatan ke Kuching sebentar tadi sempat meluangkan masa untuk menemui kanak-kanak tersebut di rumah keluarganya itu di 450A, Lorong 15, Kampung Bintawa Tengah, Petra Jaya dekat sini kira-kira pukul 4.15 petang pada Ahad.

 

 

Keinginan Addi Asyraaf yang ingin berjumpa langsung dengan idolanya mula tersebar melalui laman sosial sejak minggu lalu apabila ibunya, Zurina Jamil, 37, memuat naik mengenai hasrat anaknya itu menerusi Facebook.

 

Zurina melahirkan perasaan syukur kerana akhirnya permintaan anak kecilnya yang sakit sejak berumur tiga tahun itu berjaya ditunaikan.

 

“PM dah tunaikan impian Asyraff sekarang alhamdulillah sekarang dah tertunai dan terjawab.

 

“Pada mulanya saya tak percaya, tapi dah ‘real’ depan mata (bersyukur) telah dapat tunaikan hsrat Asyraff,” katanya kepada pemberita sejurus selepas perjumpaan tersebut.

 

Zurina turut menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kerana sering menghuluirkan bantuan apabila perlu.

 

Terdahulu Najib pada sebelah pagi merasmikan majlis pelancaran projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah di Kampung Andus, Papar sebelum bertolak ke Sarawak untuk lawatan rasmi selama dua hari sehingga Isnin.

 

Sebelah malam, Perdana Menteri dijangka akan menyertai program makan malam santai di Kampung Boyan di sini sebelum mengiringi calon Barisan Nasional untuk penamaan calon Pilihan Raya Negeri esok. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.