Istana Terengganu Murka, Tarik Kembali Semua Darjah Kebesaran MB

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri berada dalam kemelut apabila Istana Terengganu  dikatakan telah menarik kembali semua gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman pada Jumaat petang lalu.

 

Menurut sumber dari Kuala Terengganu yang dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Istana berkata Ahmad Razif yang juga merupakan Adun Seberang Takir kini tidak lagi mempunyai sebarang gelaran kebesaran.

 

“Comfirm. Cuma belum ada kenyataan rasmi dari istana sahaja.

 

“Tuanku murka dengan ucapan MB ketika mengiringi Baginda solat Jumaat semalam. Lepas Jumaat beliau serah semua darjah kebesaran,” kata sumber tersebut memetik laporan yang dikeluarkan oleh sebuah portal.

 

Sumber tersebut turut berkata, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin murka dengan ucapan Razif ketika mengiringi baginda dalam satu program sebelum solat Jumaat.

 

Dengan apa yang berlaku sekarang, sumber Umno itu berkata, Umno mempunyai tiga pilihan untuk dibuat.

 

“Pertama bubarkan Dun dengan mengadakan pilihan raya semula. Yang kedua menukar MB kepada Adun yang lain.

 

“Ketiga adalah Umno membuat kerajaan perpaduan dengan PAS di Terengganu,” kata sumber itu lagi.

 

Umno mempunyai 17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1).

 

8 Mac lalu, bekas MB yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said membuat usul tidak percaya kepada Razif namun ditolak usul itu oleh Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.

 

Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Terengganu, Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sebelum ini mendakwa dua lagi Adun Umno akan menyertai Ahmad Said untuk menjadi Adun Bebas.

 

Ini menjadikan Umno (BN) mempunyai 14 Adun, PAS (14), Bebas (3) dan PKR (1).

 

Jika kumpulan Ahmad Said bergabung dengan pembangkang (PAS dan PKR), kerajaan negeri Terengganu yang ada akan jatuh.

 

Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini meminta Adun-adun PAS tidak campur tangan atau memihak dalam isu ini.

 

Ini menjadikan besar kemungkinan PAS akan bersama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan di Terengganu.

 

Sementara itu dalam perkembangan terbaru, memetik laporan Berita Harian, Ahmad Razif enggan mengulas apabila ditanya pemberita mengenai desas-desus penarikan balik darjah kebesaran tersebut.

 

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Osman Muda turut enggan memberi komen apabila ditanya isu perlucutan gelaran itu yang menjadi viral di media sosial ketika ini.

 

Memetik laporan yang sama, pagi ini, ketika berlangsung majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016 yang dihadiri Sultan Mizan, pengacara majlis langsung tidak menyebut gelaran Datuk Seri untuk merujuk kepada Ahmad Razif sebaliknya hanya menyebut Yang Amat Berhormat YAB) Menteri Besar Terengganu. – SuaraTV

2 thoughts on “Istana Terengganu Murka, Tarik Kembali Semua Darjah Kebesaran MB

  • April 25, 2016 at 9:37 am
    Permalink

    hati Ag Hadi berdegup-degup skarang ni… Ni yg ditunggu2..

    Reply
  • April 25, 2016 at 10:41 am
    Permalink

    Ampun patik beribi-ribu ampun,sembah patik,harap diampun…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.