Sindiket Peralat Budak Tahfiz Kutip Derma Guna ‘Ibu Duit’

SEREMBAN – Mereka adalah pelajar tahfiz yang dihantar ibu bapa untuk mendalami ajaran agama dan menghafal al-Quran, namun niat suci itu terbantut apabila diperalat sindiket tertentu dipercayai didalangi satu kumpulan ajaran sesat untuk mengutip derma termasuk di negeri ini menerusi cara yang menyeleweng daripada ajaran Islam.

 

Ini berikutan pelajar tahfiz membabitkan sekumpulan kanak-kanak dan remaja itu dikesan menggunakan duit kertas dipercayai dijadikan ‘ibu duit’ yang disembunyikan di bawah tabung derma dibawa mereka kononnya mampu menarik rezeki daripada pelbagai arah.

 

Lebih mengejutkan, pelajar yang ditahan pihak berkuasa mendakwa ketuanya memberitahu wang itu adalah ‘ibu duit’ yang sudah ditawafkan di hadapan Kaabah sebanyak tujuh kali sebelum ditampal pada tabung berkenaan bertujuan menarik rezeki.

 

Sumber memberitahu Harian Metro, perbuatan terpesong akidah itu dilakukan sindiket terbabit yang mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja untuk meminta sedekah di beberapa lokasi tumpuan termasuk pasar raya dan pasar malam, di sini.

 

“Lebih mengejutkan, mereka mampu memperoleh kutipan sehingga ribuan ringgit setiap hari.”

 

Apabila pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa dan merampas tabung kutipan derma itu, pihak terbabit hairan melihat ada wang kertas Ringgit Malaysia (RM) ditampal di bawah tabung berkenaan. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.