‘Fast And Furious 8’ Bakal Beri Kejutan

LOS ANGELES – Francais siri filem ‘Fast and Furious’ bakal memberi kejutan kepada peminat seluruh dunia dengan kemunculan episod kelapan yang dijangka menggegar pawagam pada April 2017.
Ia juga merupakan kali pertama tanpa Paul Walker, jelas Vin Diesel pada Khamis.

 

‘Furious 7’ berjaya mencapai kutipan jualan terlaris sebanyak AS$1 bilion (RM3.6 bilion) seluruh dunia dan turut memberi penghormatan terakhir kepada Paul Walker, yang meninggal dunia dalam satu kemalangan tragis.

 

“Kami akan membuat filem terbaik yang pernah kamu semua tonton,” kata Diesel di  satu pawagam di Las Vegas, CinemaCon, yang turut dipetik oleh wartawan industri jurnal Hollywood.

 

Diesel turut mengimbas kembali saat mengumumkan filem ketujuh tersebut bersama Walker pada majlis itu.

 

“Kali terakhir saya berada di atas pentas ini adalah bersama adik saya, Pablo.

 

“Sukar bagi saya untuk tidak beremosi, lebih-lebih lagi selepas menonton filem tersebut,” katanya.

 

Walker meninggal dunia dalam satu kemalangan yang melibatkan kereta berkelajuan tinggi di utara Los Angeles semasa filem tersebut hanya baru separuh disiapkan.

 

Filem tersebut kemudiannya disiapkan menggunakan kesan visual yang dihasilkan oleh komputer dan menduplikasi tubuh badan.

 

Bagaimanapun, Diesel tidak mendedahkan butiran mengenai filem terbaharu tersebut dan pada masa sama, tidak pasti sekiranya pelakon Dwayne Johson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster dan Kurt Russell akan kembali beraksi untuk filem kelapan itu. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.