Beratus Cawangan McDonald’s Di Tiga Negara Ditutup

KUALA LUMPUR – Ratusan cawangan restoran makanan segera McDonald’s di Jepun, China dan Amerika Syarikat berdepan kemungkinan terpaksa ditutup.

 

Ini berikutan kejatuhan dari segi keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat berkenaan di tiga negara tersebut.

 

CEO McDonald’s, Steve Easterbrook, yang baru dilantik memegang jawatan itu bulan lepas, memberitahu maklumat dan strategi penambahbaikan yang lebih terperinci bakal dikongsikan dengan umum 4 Mei ini.

 

Laporan portal berita antarabangsa fortune.com menyebut 350 buah restoran telah ditutup di ketiga-tiga negara itu, dan menjadikan jumlah keseluruhan 700 buah cawangan ditutup tahun ini.

 

Rabu lepas, McDonald’s mengumumkan penurunan pendapatan sebanyak 11 peratus, manakala keuntungan syarikat pula mencatatkan penurunan sebanyak 30 peratus untuk tempoh tiga bulan pertama.

 

Tahun ini, McDonald’s Amerika telah melaksanakan beberapa perubahan termasuk resipi ayam panggang yang dipermudahkan dan mengawal penggunaan antibiotik ke atas ayam.

 

Dalam masa yang sama, gaji pekerja juga terpaksa dinaikkan atas permintaan berterusan kesatuan pekerja, selain menambah faedah-faedah lain untuk pekerja seperti percutian. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.