Usah jadi batu api, tanah itu milik Jakel – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi mengingatkan badan bukan kerajaan (NGO) dan peguam supaya tidak cuba menjadi batu api dalam konflik Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Kuala Lumpur.

Menurut Puad, NGO dan peguam yang cuba jadi jaguh songsang mesti menghentikan provokasi yang menganggu proses perundingan antara pihak Jakel dan Kuil Hindu.

“Berhentilah jadi “batu api”. Ahli politik pula jangan cuba main “play safe”. Ikut sahaja undang undang.

“Tanah itu milik syarikat Jakel. Biar DBKL jadi orang tengah.

“Kena ingat, niat melaksanakan wakaf bagi pembinaan masjid merupakan hak beragama pemilik tanah. Macam mana jika tanah milik pihak kuil, ada surau lama di atasnya? Mesti kena pindah. Apakah LfL dan Ambiga akan campur tangan? soal Speaker Dun Johor itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat