Cold Storage, Giant bernilai RM412.5 juta di Singapura kini dimiliki syarikat Malaysia, Macrovalue

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kesemua cawangan pasar raya Cold Storage dan Giant yang terletak di Singapura akan dijual kepada kumpulan peruncitan Malaysia, Macrovalue dengan harga permulaan sebanyak SGD125 juta (RM412.5 juta).

Pemilik semasa, DFI Retail Group, dan Macrovalue menyatakan pada 24 Mac bahawa perjanjian tersebut merangkumi kesemua 48 kedai Cold Storage di sini – termasuk yang di bawah jenama CS Fresh, CS Gold, dan Jason’s Deli – dan 41 cawangan Giant, serta dua pusat pengedaran, lapor portal Straits Times Singapura.

Transaksi tersebut dijangka selesai pada separuh kedua tahun 2025, dengan Macrovalue memperoleh 100 peratus perniagaan tersebut

DFI yang tersenarai di Bursa Singapura akan memberi tumpuan kepada rangkaian Farmasi Guardian dan kedai serbaneka 7-Eleven di sini dan di rantau ini. Selain Singapura, DFI juga mempunyai kehadiran di pasaran lain seperti Thailand, Hong Kong dan Filipina.

Sementara itu Macrovalue sudah pun memiliki operasi Cold Storage dan Giant di Malaysia, setelah membeli GCH Retail Group yang berpangkalan di Malaysia pada tahun 2023, yang sebelum ini mengendalikan jenama-jenama tersebut di sana.

“Dengan membawa operasi Singapura di bawah pengurusan kami, Macrovalue boleh ‘meningkatkan kecekapan operasi, mengoptimumkan keupayaan rantaian bekalan serantau dan meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan.

“Kami akan memastikan kesinambungan pengurusan tempatan dan pasukan operasi untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi pelanggan.

Syarikat Malaysia Ambil Alih Semua Cold Storage, Giant Di Singapura Dengan Nilai RM412.5 Juta

“Sebagai pemegang saham baharu, operasi Macrovalue yang sedia ada di Malaysia juga akan dapat menyokong operasi Cold Storage di Singapura merentasi rantaian bekalan dan perolehan untuk membantu meningkatkan rangkaian dan nilai untuk pelanggan kami,” kata pemilik bersama Macrovalue, Andrew Lim.

Macrovalue menyatakan bahawa peralihan di Singapura akan ‘berjalan lancar’. Kumpulan itu diasaskan oleh Datuk Lim dan Datuk Gary Yap pada tahun 2022.

Lim Boon Cheong, pengarah urusan DFI Retail Group bagi Food Singapore, akan terus menerajui Cold Storage sebagai pengarah urusannya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat