Video: Adun DAP Hadiahkan Cermin Pada Jamal

SHAH ALAM: Adun DAP Yeo Bee Yin hari ini menghadiahkan sebuah cermin yang tertulis “Nothing To Hide” kepada Datuk Seri Jamal Yunos selepas didakwa menyeleweng dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Beliau menunggu Jamal hampir 20 minit di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shah Alam dengan membawa 10 fail dokumen sebagai bukti berkaitan pembayaran Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di bawah yayasan itu.

Bagaimanapun, hasrat Yeo untuk bertemu Jamal tidak kesampaian apabila Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu tidak hadir.

Yeo kemudian menyampaikan hadiah itu kepada Penasihat Undang-undang Gabungan NGO Malaysia, Datuk Mohd Imran Tamrin untuk diserahkan kepada Jamal.

“Saya ke sini sebab nak beri hadiah istimewa iaitu cermin supaya mereka tengok diri sendiri juga. Jangan ‘double standard’,” katanya ketika ditemui di depan Pejabat SPRM Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.