Jay Z Terbit Filem Pembunuhan Trayvon Martin

 

 

LOS ANGELES – Artis rap terkenal, Jay Z akan menerbitkan filem cereka dan dokumentari mengenai pembunuhan seorang remaja, Trayvon Martin, yang membangkitkan protes di seluruh negara pada 2012.

Penerbitan itu yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Weinstein Company dibuat selepas mereka mendapat hak ke atas dua buku mengenai pembunuhan remaja kulit hitam itu.

Menurut majalah Variety, projek filem dan enam siri itu adalah berdasarkan buku ‘Suspicion Nation: The Inside Story of the Trayvon Martin Injustice and Why We Continue to Repeat It’ dan ‘Rest in Power: The Enduring Life of Trayvon Martin’.

Buku itu adalah hasil tulisan wartawan yang mengikuti perbicaraan kes berkenaan dan ibu bapa Martin. Majalah Variety, melaporkan Martin dibunuh oleh sukarelawan rukun tetangga, George Zimmerman.

Kes itu mencetuskan rusuhan awam di seluruh negara dan perbahasan berhubung profil kaum, selain membawa kepada penubuhan pergerakan Black Lives Matter. Zimmerman yang mendakwa menembak Martin atas dasar mempertahankan diri, dibebaskan daripada tuduhan membunuh pada 2013 oleh juri di Florida.-AFP/BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!