Guru Digantung Tugas: Tampal Pita pelekat Pada Mulut Pelajar

SEORANG guru wanita telah digantung tugas selepas mulut pelajarnya ditutup dengan pita pelekat sebagai hukuman kerana membuat bising di dalam kelas, dalam kes yang mengejutkan penduduk di Mexico.
Perbuatan guru terbabit, Ahisury Flores Hernandez telah terbongkar selepas dia dengan bangganya menayangkan gambar kanak-kanak itu dalam media sosial.
“Hahaha, apa yang perlu saya lakukan…hahaha…dia enggan duduk diam….100 peratus berkesan,’’ demikian kapsyen yang ditulisnya dalam Facebook.
Tindakannya itu telah mencetuskan kemarahan ramai malah gambar terbabit dikongsi beramai-ramai di media sosial.
Ramai yang menyifatkannya perbuatan tersebut sebagai tidak munasabah dan dia telah memalukan kanak-kanak itu dengan memuat gambar kontroversi terbabit untuk tatapan ramai.
“Dia kata budak tu gembira, tapi kalau tengok muka, keadaan adalah sebaliknya.
“Tindakan seumpama ini tidak sepatutnya diterima walau dalam apa keadaan pun. Saya berharap agar imej ini dapat dikongsi beramai-ramai supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan,’’ demikian antara kemarahan yang diluahkan oleh netizen. – MYNEWSHUB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.