Video: Lelaki Di Dakwa Curi Beg Tangan Mangsa Kemalangan

Kuala Lumpur – Tindakan seorang lelaki yang di dakwa mencuri beg milik mangsa kemalangan jalan raya, tersebar di lamam media sosial Facebook sejak malam tadi.

 

Salah seorang saksi yang tidak berpuas hati dengan tindakan tidak bertangungjawab lelaki itu kemudiannya memuat-naik rakaman tersebut di media sosial.

 

“Penumpang Alza dirakam mengambil beg tangan mangsa kemalangan di lebuhraya Senawang semalam” ujarnya.

 

 

Berdasarkan rakaman video berdurasi 2 minit 19 saat itu mendapati, penumpang kenderaan tersebut keluar bagi mengambil beg tersebut sebelum memecut laju bagi melarikan diri.

 

“Dia ambil (beg) tu, kurang ajar gila, kalau ambil pulangkan balik tak apa.

 

“Ambil plat nombor dia, keluarkan kat Facebook” berdasarkan perbualan saksi dalam rakaman tersebut.

 

Sementara itu, sumber polis mengatakan sehingga kini pihaknya belum menerima beg yang diambil itu.

 

Kertas siasatan akan dibuka bagi menyiasat kejadian tersebut.

 

Sementara itu seorang wanita yang mendakwa pemilik kenderaan itu tampil membuat pengakuan tidak terlibat dengan kejadian tersebut.

 

“Saye adalah pemilik (kenderaan).. sye mohon maaf kpade semue rakyat mlaysia am nye dan magse kmlangan scare khususnya….. ktika kjadian bukan sye yg memandu alza trsebut ttpi ia dipandu oleh kawan adik sye dan adik sye trut brade dlm alza trsebut….

 

“Yg mgambil bag trsebut adalah kawan adik saye…tjuan mngape die ambil sye xpasti…. sye hnye tau prkare ini mlalui FB… trime kasih kpd prakam video ini… sye akan mmbuat laporan polis sbentar lagi bgi mmbrrsihkan nme sye dan nama alza w 5637 w.. harap pihak polis dpt ambil tndakan slanjutnye…. MOHoN AMpUn Dan Maaf skali lagi….” ujarnya ketika memberikan maklum balas berhubung insiden tersebut.

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

 

2 thoughts on “Video: Lelaki Di Dakwa Curi Beg Tangan Mangsa Kemalangan

  • March 24, 2015 at 3:03 pm
    Permalink

    apa kata netizen… ?
    kita mintak hakim jatuhkan hukuman kerat tangan kanan pencuri tu…
    xtau la pulak… kot yg mengambil beg tu.. abg ipar tiri mangsa…
    bukan shj ada 4 -15 org saksi.. malah beribu2.. yg menonton video ni haa !!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.