Video: Kerana Air Milo, Pelanggan Restoran Mengamuk Di Kuching

Kuching – Polis sedang mengesan individu yang mengamuk di restoran makanan segera di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, pagi tadi.

 

Insiden kira-kira 2.30 pagi itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan rakaman berdurasi 58 saat itu tersebar dan menjadi viral di Facebook.

 

 

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham dan tidak puas hati pelanggan.

 

Katanya, mengikut keterangan pengurus restoran, seorang pelanggan lelaki marah apabila belum menerima milo panas yang sudah dibayar.

 

“Pengurus restoran membuat pesanan baru dan melayan pelanggan lain. Namun, lelaki itu terus marah sambil menghentak kaunter.

 

“Lelaki itu kemudian keluar dan masuk semula dalam restoran bersama lapan rakannya. Seorang daripadanya melompat ke kaunter dan menarik rambut pengurus restoran serta menolak monitor juruwang,” katanya.

 

Mereka beredar meninggalkan lokasi kejadian dengan menaiki dua kereta.

 

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.