Video: DAP Sahaja Keluar PR – Nik Abduh

Kuala Lumpur – “DAP suruh ahli PAS keluar, baik dia yang keluar, PAS dah buat pendirian jelas di mana kita tidak akan tinggalkan Pakatan.”

 

Demikian kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang keluar Pakatan Rakyat (PR).

 

 

Katanya tindakan DAP menggunakan alasan Hudud untuk mengugut Hadi supaya meninggalkan PR jelas menunjukkan parti itu senang menipu rakyat Malaysia supaya menolak PAS dengan cara yang tidak betul.

 

Ahli Jawatankuasa PAS pusat itu mendakwa Guan Eng sengaja membuat serangan peribadi terhadap Hadi.

 

“Ini bukan soal Individu tetapi polisi parti. Bagi saya ia tidak lebih dari kalam berlapik bertujuan untuk memberi tekanan kepada politik negara untuk mengeluarkan tuan guru (Hadi) dari PR,” katanya yang ditemui di lobi Parlimen.

 

Sehubungan itu, beliau menggesa DAP supaya menyatakan secara jelas maksud sebenar kenyataan agar mengeluarkan Hadi dari PR.

 

Dakwa Nik Abduh, serangan DAP itu seolah-olah parti itu mempunyai agenda tersembunyai.

 

“Bukan Soal Hadi tinggal PR, soalnya PAS tingalkan PR. Jika dia (DAP) benar-benar mahu begitu, dia patut minta PAS tinggalkan PR sahaja,” jelasnya.

 

Sehubungan itu, Nik Abduh, turut menegaskan bahawa PAS tidak akan keluar dari PR malah akan mempertahankan parti itu.

 

“Kami cintakan negara dan Pakatan. Saya sudah beberapa kali sebut kepada pemimpin DAP secara peribadi bahawa jangan jadikan Hudud sebagai alasan untuk PR berpecah.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.