Sultan Ibrahim Berikrar Pelihara 
Islam, Jaga Kedaulatan Raja

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berikrar akan memelihara kesucian agama Islam, kehormatan adat istiadat Melayu dan kepentingan semua rakyat bangsa Johor.

 

Baginda turut berikrar untuk menjaga kedaulatan raja dan kerajaan negeri Johor Darul Ta’zim serta memerintah negeri Johor dengan adil dan saksama serta bertimbang rasa.

 

“Bahawa sesungguhnya saya berikrar dan berjanji dengan limpah kurnia dan izin Allah Subhanahu Wata’ala, saya akan memerintah negeri Johor dengan adil dan saksama serta timbang rasa kepada semua rakyat dan penduduk ne­geri ini dengan mengikut undang-undang dan adat resam mereka yang tidak bertentangan dengan undang-undang negeri ini.

 

“Saya juga berikrar akan memelihara kesucian agama Islam, kehormatan adat istiadat Melayu dan kepentingan semua rakyat bangsa johor serta menjaga kedaulatan raja dan kerajaan negeri Johor Darul Ta’zim. Ya Allah, peliharakan kami semua,” ikrar ba­ginda pada Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor di Istana Besar, di sini hari ini.

 

Dalam istiadat itu, Mahkota Kerajaan itu diletakkan di kepala Sultan Ibrahim oleh Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsuddin.

 

Tahrir kemudian turut meletakkan Mahkota Permaisuri di kepala Raja Zarith Sofiah dengan diiringi bacaan selawat. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.