Pesawat Germanwings Terhempas, Tiada yang Terselamat

KUALA LUMPUR – Menteri Muda Pengangkutan Perancis, Alain Vidalies hari ini mengesahkan tiada seorang pun yang terselamat dalam nahas pesawat Germanwings di selatan Perancis hari ini.

 

“Tiada yang terselamat,” kata Vidalies , sambil menambah bahawa kemalangan itu berlaku tidak lama selepas juruterbang mengeluarkan isyarat kecemasan semasa cuaca yang baik, lapor AFP.

 

Beliau berkata satu panggilan kecemasan telah didaftarkan pada pukul 10:47.

 

“Isyarat kecemasan itu menunjukkan bahawa pesawat itu berada pada 5,000 kaki dalam keadaan yang tidak normal ,” kata Vidalies.

 

Beliau berkata ia merupakan satu kawasan yang diliputi salji dan tidak boleh diakses dengan kenderaan darat dan hanya helikopter sahaja yang boleh melalui kawasan itu.

 

Laporan yang memetik sumber polis Perancis dan jurucakap penerbangan itu menyatakan bahawa pesawat tersebut dikendalikan Germanwings yang dimiliki syarikat penerbangan Lufthansa.

 

Pesawat yang membawa 144 penumpang dan enam anak kapal itu sedang dalam laluan penerbangan antara Barcelona ke Dusseldorf di Jerman.- Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.