Video: Pesawat German, Airbus A320 Terhempas Di Selatan Perancis

Marseille -Pesawat Airbus penerbangan tambang murah Lufthansa, Germanwings terhempas di kawasan pergunungan Alps di selatan Perancis, hari ini, ketika dalam perjalanan dari Barcelona ke Duesseldorf.

 

Difahamkan, penerbangan itu membawa 142 penumpang serta dua juruterbang dan empat kru.

 

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Pierre Henry Brandet, serpihan pesawat telah dikesan dan mendapati ia jatuh di altitud kira-kira 2000 ribu meter di Pergunungan Alps.

 

Presiden Perancis, Francois Hollande sebelum ini berkata, kesemua penumpang dan anak kapal dipercayai terkorban dalam nahas itu.

 

 

“Pesawat itu terhempas di awasan tepencil dan sukar dilalui,” katanya.

 

Sementara itu, jurucakap perbadanan penerbangan Perancis, DGAC berkata, pesawat A320 itu terhempas berhampiran bandar Barcelonnette yang terletak kira-kira 100 kilometer utara Nice, Perancis

 

Pasukan mencari dan menyelamat dalam perjalan ke lokasi nahas, katanya

 

Sementara itu Jurucakap pengendali lapangan terbang Sepanyol, Aena berkata pesawat itu berlepas dari Barcelona pada 8.55 pagi GMT (4.55 petang Malaysia) – Agensi

 

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.