Najib Lancarkan Hari Sukan Negara 24 Mac 2015

Kuala Lumpur – Hari Sukan Negara yang akan disambut pada setiap Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

 

Sambutan Hari Sukan Negara itu dibuat bertujuan menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang rakyatnya mengamalkan budaya bersukan sebagai budaya hidup mereka.

 

Ketika ini, kadar bersukan rakyat Malaysia masih rendah iaitu pada kadar 40 peratus berbanding antara 50 dan 60 peratus bagi negara-negara maju.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.