Khairy Akui Kekok Mandikan Bayi

SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui agak kekok untuk memandikan anak lelakinya, Raif Averroes yang baru dilahirkan semalam.

 

“Enam tahun tak mandikan bayi, pagi tadi bila cuba, jururawat kata dah kekok, kena belajar balik lah nampaknya! ” katanya dalam laman Facebooknya hari ini.

 

Sementara itu, Khairy juga berterima kasih kepada semua yang mengirimkan ucapan tahniah melalui SMS, Whataspp dan media sosial.

 

“Kami amat terharu dengan ucapan rakan- rakan semua”, katanya.

 

Khairy berkahwin dengan Nori Tun Abdullah pada tahun 2001 dan mempunyai dua anak lelaki – Jibreil Ali dilahirkan pada 2007, dan Timor Abdullah, setahun kemudian.

 

Nori ialah anak perempuan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Endon Mahmood. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.