Hadi Tak Patut Belakangkan Pakatan, Kata Adun PAS

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak seharusnya bertindak membelakangkan sekutunya kerana beliau bukan sahaja presiden kepada PAS tetapi milik penyokong Pakatan Rakyat (PR).

 

Saari yang masih digantung keahliannya dalam PAS berkata, tindakan Hadi menghantar notis membawa rang undang-undang hudud ke Parlimen tidak seharusnya berlaku tanpa perbincangan dengan PKR dan DAP.

 

“Presiden PAS bukan hanya untuk ahlinya ataupun yang bersefaham dengannya, tetapi termasuk kepada penyokong Pakatan ” katanya kepada pemberita selepas menghadiri  pelancaran dan perasmian program Hijrah Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam hari ini. – M.Insider

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.