Guru Jadikan Murid Tempat Letak Kaki Dibuang Kerja

China – Gara-gara menjadikan dua muridnya sebagai tempat letak kaki, seorang guru sekolah rendah telah dibuang kerja, selepas gambar berkenaan tersebar di media sosial.

 

Guru terbabit, Xie, didapati bersalah apabila mengarahkan dua muridnya yang berusia dalam lingkungan enam dan tujuh tahun berlutut, sebelum meletakkan kaki ke atas belakang mereka sambil dia membelek telefon bimbitnya.

 

Dia dikatakan berbuat demikian di hadapan pelajar lain sebagai hukuman terhadap murid-murid tersebut kerana membuat bising di dalam kelas.

 

Meskipun pengetua sekolah terbabit, Liu mempertahankan tindakan Xie, yang telah menjadi guru selama 27 tahun dengan alasan ia hanya gurauan, namun jabatan pendidikan menolaknya.

 

Ini kerana ia bertentangan dengan polisi sekolah dan dalam masa yang sama, guru-guru juga perlu mempamerkan sikap dan etika kerja yang baik.

 

Menurut Liu, ketika kejadian, Xie sedang memantau sekumpulan kecil pelajar sekolah pada pukul 7.30 petang apabila dua pelajar berkenaan membuat bising.

 

“Pelajar berkenaan kemudiannya diminta masuk ke kelas lain untuk berlutut.

 

“Gambar tersebut hanya satu gurauan dan Xie yang merupakan seorang guru disiplin…adalah seorang guru yang bagus dan amat berbakat,’’ kata Liu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.