Genting Nafi Mahu Beli Leeds United

KUALA LUMPUR – Kumpulan Genting menafikan ia sedang berusaha untuk membeli kelab Liga Inggeris Leeds United.

 

Jurucakap jabatan komunikasi korporat Genting berkata, berita mengenainya yang tersebar di media sosial dan akhbar tempatan hanya merupakan khabar angin.

 

“Genting ingin menjelaskan bahawa kami tidak berminat untuk membeli atau melabur dalam Kelab Bola Sepak Leeds United,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Leeds United kini menduduki tangga ke-13 kejohanan Liga Perdana Inggeris hasil 10 kemenangan, 10 seri dan 15 kali kalah setelah mengharungi 39 perlawanan.

 

Kelab ini ditubuhkan pada 1919 berikutan pembubaran kelab Leeds City. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.