Filem Terakhir Paul Walker, ‘Furious 7’ Bakal Gegar Pawagam

Filem aksi terhebat dan paling ditunggu ramai, ‘Furious 7’  bakal memasuki pawagam pada 2 April ini. Filem francais ketujuh ‘Fast & Furious’ ini juga menjadi filem terakhir lakonan Paul Walker yang juga merupakan pelakon utamanya. Aktor yang menjadi tunggak kesemua siri filem aksi ini telah meninggal dunia pada 30 November 2013 yang lalu ketika penggambaran filem ini masih berlangsung.

 

Bagi pengikut dan penggemar filem aksi ini, tentunya sedia maklum akan rentak dan persembahan filem lakonan Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster ini. Baik dari aspek permainan aksinya sehinggalah kepada persembahan pelakonnya, filem yang menampilkan aksi lumba kereta ini sememangnya sentiasa tampil dengan unsur-unsur kekagumannya yang tersendri.

 

Jika sebelum ini, francais filem ini di arahkan oleh untuk siri ketujuh dan terakhir ini, kerusi pengarah diambil oleh Justin Lin, kini peranan itu telah diambil alih oleh James Wan. Sungguhnya sebelum ini lebih dikenali melalui pengarahan filem-filem seramnya, James mempunyai idea dan sudut pandangannya yang tersendiri dengan filem pecah panggung ini.

 

Paling menarik, banyak sekali aksi-aksi lumba kereta hebat yang dipaparkan sepanjang cerita ini berlangsung. Adegan-adegan yang difilemkan ternampak begitu ‘real’ dengan kejutan-kejutan yang pastinya akan memberikan kepuasan yang maksimum kepada penonton. Pun begitu, khabarnya ada antara babak aksi yang tidak jadi difilemkan kerana dilihat berisiko dan membahayakan pelakon dan krew yang terlibat. Pun begitu, ia langsung tidak menjejaskan kehebatan file mini.

 

‘Furious 7’ merupakan kesinambungan kisah daripada siri filemnya yang terdahulu. Setelah mengalahkan Owen Shaw dan para pengikutnya, Dominic Toretto (Vin Diesel) dan Brian O’Conner (Paul Walker) serta rakan-rakannya pulang ke Amarika Syarikat. Mereka mahu melupakan apa yang terjadi sebelum ini dan memulakan kehidupan baru.

 

Namun, apa yang diharapkan itu tidak menjadi kenyataan apabila abang kepada Owen iaitu Ian Shaw (Jason Statham) sedang mencari mereka untuk membalas dendam ke atas kematian abangnya itu.

 

Sementara itu, setelah kematian Han, Dominic dan teamnya terus kembali beraksi dalam adegan berbahaya untuk memburu mereka yang kini mempunyai perancangan untuk membunuh mereka.
Apakah yang bakal terjadi ke atas mereka? Mampukan mereka melepaskan diri? Dapatkan jawapannya dengan menonton filem hebat ini di pawagam yang berhampiran.

 

TRIVIA

• Juga dikenali dengan judul ‘Fast & Furious 7’.

 

• Merupakan filem terakhir Paul Walker, di mana aktor terkenal itu meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya ketika masih menjalani penggambaran untuk filem ini.

 

• Penggambaran filem ini terpaksa ditangguhkan selama empat bulan kerana kematian pelakon utamanya, Paul Walker pada ketika itu.

 

• Disebabkan penggambaran yang melibatkan watak Paul masih berbaki, Caleb & Cody Walker yang juga merupakan adik kepada Paul membuat ‘stand in’ untuk watak Paul. Malah teknik CGI juga terpaksa digunakan untuk memperlihatkan kesamaan wajah mereka.

 

• Jika enam siri filem ini diarahkan oleh Justin Lin, untuk sekuel terbaru ini, peranan tersebut diambil alih oleh James Wan, yang sebelum ini cukup dikenali dengan filem-filem seram.

 

• Buat pertama kalinya, pelakon aksi, Jason Statham tampil di dalam siri filem ini.

 

• Satu babak leutupan kereta yang dirancang terpaksa dibatalkan kerana ia terlalu merbahaya dan pihak produksi tidak mahu menanggung risiko.

 

• Awalnya filem ini menelan belanja pembikinan sebanyak USD$200 juta, namun selepas berdepan dengan kematian Paul dan kemudiannya ditangguhkan, kosnya telah meningkat ke USD$250.

 

• Merupakan filem francais ketujuh dan terakhir ‘Fast & Furious’. – MediaHiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.