Aziz Singah Hidap Kanser Prostat

Bekas Presiden Seniman dan pelakon veteran, Datuk Aziz Singah kini sedang dirawat di Hospital Selayang kerana menghidap kanser prostat.

 

Berdasarkan foto yang tersiar di laman Facebook Yayasan Artis 1Malaysia, Aziz dilaporkan berada di Hospital Selayang dan telah menerima kunjungan rakan artis, Datuk DJ Dave.

 

Sementara itu, memetik status Facebook pelakon, Zulkifli Ismail, Aziz dijangka akan menjalani pembedahan pada 1 April nanti.

 

“Sama-samalah kita doakan semoga Datuk akan segera sembuh dan pulih seperti biasa,” katanya lagi.

 

Media Hiburan turut mendoakan agar Aziz Singah cepat sembuh dan dapat berkarya seperti biasa kerana kami pasti ramai peminat yang merindui lakonan beliau.  – MediaHiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.