Anak Bekas Presiden Senegal Dipenjara 6 Tahun Kerana Rasuah

Dakar – Anak lelaki bekas Presiden Senegal didapati bersalah atas dakwaan rasuah dan dihukum penjara enam tahun serta denda kira-kira AS$230 juta.

 

Karim Wade, yang memegang beberapa jawatan tinggi dalam Kabinet ketika kerajaan dipimpin bapanya, Abdoulaye Wade didakwa memiliki kekayaan kira-kira AS$200 juta.

 

Menteri Keadilan, Sidiki Kaba berkata, kerajaan akan meminta negara asing untuk membantu mengesan sebarang dana yang diperoleh Karim Wade di luar negara bagi membayar denda berkenaan.

 

Hukuman yang dijatuhkan menyebabkan golongan belia membuat tunjuk perasaan di jalanan di Dakar dengan membakar tayar dan membaling batu ke arah polis sehingga terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata.

 

Sehubungan itu, seorang wanita cedera tetapi keadaan di bandar raya berkenaan masih tenang.

 

Penyokong Karim Wade mendakwa perbicaraan kes ke atasnya adalah sebagai daripada muslihat politik yang dilakukan Presiden Macky Sall terhadap pencabarnya dan mengecam keputusan mahkamah sebaik ia diumumkan.

 

“Kami akan berjuang untuk membebaskannya, ini adalah keputusan tidak adil. Hukuman ini adalah penghinaan terhadap sistem demokrasi dan hak kemanusiaan di Senegal,” kata seorang aktivis di dalam mahkamah. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.