‘Aku Bunuh Mu Kalu Mu Lari’

KOTA BHARU – Seorang buruh mengaku salah atas tuduhan mengugut bunuh isterinya ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.

 

Hukuman terhadap Mohd Rafizzan Salleh, 29, bagaimanapun ditangguhkan di Mahkamah Maijstret Bachok pada 22 April depan dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM6,500 oleh isternya sementara menunggu sebutan semula tersebut.

 

Tertuduh didakwa mengugut Zuraida Husin, 25, dengan menggunakan parang panjang dengan berkata, “aku bunuh mu kalu mu lari” di sebuah rumah di Kampung Kemasin, Perupok, Bachok, pada jam 10.30 malam, 9 Februari lalu.

 

Sementara, tertuduh juga mengaku pada tuduhan kedua menyebabkan cedera ke atas Zuraida dengan menumbuk sebanyak dua kali hingga menyebabkan mangsa cedera lebam di mata kirinya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.