Adi Putra Kena ‘Slipped Disc’

Kuala Lumpur – Aktor popular, Adi Putra, dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur selepas disyaki terkena gejala cakera tulang belakang teranjak atau slipped disc.

 

Beliau pada mulanya diserang sakit urat pada bahagian tulang belakang ketika hadir pada sesi promosi filem Isyarat Cinta di ibu negara, malam tadi.

 

“Saya diserang sakit belakang ketika pertengahan majlis promosi Isyarat Cinta dan terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk ke hospital.

 

“Selepas diberikan suntikan tahan sakit, saya ditahan di wad kerana doktor mengesyaki berlaku ‘slipped disc’.

 

“Saya tidak pasti berapa hari akan ditahan di hospital kerana beberapa siri rawatan akan saya lalui hari ini, termasuklah menjalani imbasan Pengimejan Magnetik Resonans (MRI) MRI,” katanya dipetik dari laporan portal berita Berita Harian Online.

 

Justeru, Adi yang dibawa ke hospital oleh pembantu peribadinya, Jobot, memohon maaf kepada peminat apabila terpaksa meninggalkan majlis promosi dalam keadaan tergesa-gesa.

 

“Sebelum ke majlis itu lagi saya rasa seperti tidak sedap hati, tetapi mengenangkan tanggungjawab besar saya untuk memastikan filem ini berjaya di pawagam, saya kuatkan semangat untuk menghadirinya.

 

“Saya mengharapkan peminat mendoakan agar penyakit saya ini tidak kritikal dan Insya-Allah saya akan kembali bekerja apabila keadaan kembali pulih,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.