Hasil Petroleum, Wang Ehsan disalur terus bantu rakyat miskin – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Iltizam Kerajaan hari ini adalah untuk menoktahkan kemiskinan tegar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kira-kira 130 ribu orang rakyat tersusah tanpa mengira latar belakang kaum akan segera dibantu untuk keluar daripada belenggu kemiskinan melalui langkah yang lebih menyeluruh.

Jelas beliau, Kerajaan akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin
supaya meningkatkan potensi pendapatan.

“Sejumlah RM750 juta peruntukan disediakan untuk tahun 2023 kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan IPR,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, menyambut baik usaha Kerajaan Persekutuan, kedua-dua Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah telah bersetuju untuk meneruskan program pembasmian sebahagian bayaran hasil petroleum ke Sarawak dan Sabah bagi program-program pembasmian kemiskinan.

“Selaras dengan itu, Kementerian Kewangan juga akan memperuntukkan sebahagian daripada Wang Ehsan Kelantan dan Terengganu supaya disalurkan secara langsung khususnya untuk membantu golongan miskin.

“Menyokong hasrat yang sama, Kerajaan menyediakan RM30 juta untuk menyokong usaha yang dibuat oleh UNDP dan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia yakni bagi memperbanyak aktiviti berkaitan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDG). Ini termasuklah RM10 juta bagi menggerakkan program kebun komuniti di peringkat Parlimen bagi menyokong agenda keterjaminan makanan,” katanya.

Sementara itu, katanya beberapa pendekatan baharu akan dilaksana untuk mengatasi kelemahan pelaksanaan lalu bagi meningkatkan keupayaan isi rumah miskin tegar meraih pendapatan.

“Antaranya bantuan dan kemudahan kepada peserta tidak lagi diberikan sekali gus tetapi secara bulanan dan dipantau sama ada sewa beli kelengkapan atau subsidi penggajian untuk majikan yang mengambil peserta miskin tegar bekerja.

“Aktiviti ekonomi disertai hendaklah yang memenuhi keperluan komuniti setempat terutamanya sektor agropertanian dan makanan untuk memastikan permintaan berterusan.

“Program ini menyasarkan untuk peserta meraih pendapatan antara RM2,000 hingga 2,500 dalam tempoh pemantauan 24 bulan dan selepas itu dapat menjana pendapatan sendiri melalui hasil yang diperolehi,” ujarnya.

Terkait hal yang sama, umum Anwar lagi Kerajaan kini membayar bantuan kebajikan bernilai RM2.5 bilion kepada lebih 400 ribu penerima.

“Bagi menyegerakan data dikemaskinikan dan memastikan tiada lagi yang tercicir daripada menerima bantuan, Kerajaan akan melaksanakan pemutihan senarai penerima bantuan bulanan Kerajaan antara ICU dan JKM di bawah satu pangkalan data,” kata beliau lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat