Yang di-Pertuan Agong Solat Jumaat Bersama Warga TM

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong ke-XV, Sultan Muhammad V mencemar duli menunaikan solat Jumaat bersama lebih 1,000 warga Telekom Malaysia Berhad (TM) di Surau Menara TM, Kuala Lumpur.

 

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi TM, Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

 

Baginda hadir dengan persalinan jubah dan berkopiah putih sempat meluangkan masa melawat Pusat Pengalaman TM yang terletak di Lobi Menara TM sebelum majlis bersantap bersama warga TM. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.