Wanita Warga China Rugi RM130,000 Ditipu Rakan WeChat

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang pelajar perempuan warga China keluar dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya menerusi aplikasi Wechat mengundang padah apabila dia ditipu sebanyak RM130,000.

 

Mangsa, Chang Jia Min, 26, berkata perkenalan dengan suspek Liu Jia, 36, yang berasal dari China itu bermula pada Julai 2015 selepas lelaki berkenaan mengajak keluar untuk berkenalan dengan lebih rapat.

 

Menurut Jia Min, dia juga turut kenalkan suspek kepada rakan-rakannya iaitu Liu Ming, 28, dan seorang lagi telah pulang ke China, masing-masing rugi RM13,000 dan RM31,000.

 

“Pada awalnya suspek meminta RM30,000 untuk membuat kad pengenalan bagi menukar warganegara.”

 

“Namun selepas itu, mangsa ditipu lagi sebanyak RM100,000 sebelum suspek melarikan diri, ” tambah Jia Min.

 

Katanya, dia mengetahui dirinya ditipu selepas gagal menghubungi suspek.

 

Suspek itu turut mengaku dirinya seorang ahli perniagaan dan mempunyai RM26 juta di Australia.

 

Sementara itu, Biro Aduan Parti Gerakan Malaysia, Ben Liew Pok Boon berkata, Biro akan membantu mangsa mendapatkan status suspek di Balai Polis dan Pejabat Imigresen bagi menggelakkan ramai lagi mangsa yang ditipu.

 

“Melalui laporan di Imigresen suspek masih berada di dalam Malaysia dan berharap suspek ditangkap dalam masa terdekat,” jelasnya di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.