VX Agen Saraf Paling Bertoksik

 

KUALA LUMPUR – Agen saraf VX yang dikesan pada muka warga Korea Utara, Kim Jong-nam yang dibunuh di Malaysia pada 13 Februari merupakan agen saraf paling poten.

 

Berbanding agen saraf sarin, juga dikenali GB, VX dianggap sangat bertoksik menerusi kemasukan melalui kulit dan agak bertoksik menerusi helaan nafas.

 

Ini berdasarkan maklumat daripada laman sesawang Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), satu daripada komponen operasi utama Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat, lapor Bernama.

 

“Tahap keracunan disebabkan oleh VX bergantung kepada amaun VX yang didedahkan ke atas seseorang, cara pendedahan dan tempoh dia terdedah,” kata CDC.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendedahkan penemuan VX susulan analisis awal terhadap calitan-calitan kering mukus mata serta muka yang diambil sebagai sebahagian siasatan polis berhubung pembunuhan itu.

 

Khalid berkata, kehadiran bahan itu, sejenis senjata kimia, dinyatakan dalam laporan awal yang diterima polis daripada Jabatan Kimia.

 

CDC berkata, sebarang cecair VX yang terkena kulit boleh membawa maut melainkan ia dibasuh pada kadar segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.