Video : Rani Kulup Gesa Korea Utara Tarik Balik Dakwaan Buruk Terhadap Malaysia

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulop Abdullah menggesa Korea Utara menarik balik dakwaan buruk terhadap Malaysia.

 

Beliau berkata, Korea Utara seharusnya menyiasat terlebih dahulu perkara berhubung dakwa akan melulu dan tuduhan yang tidak berasas terhadap Malaysia.

 

“Kami menghantar memorandum bantahan ketidak puaskan hati terhadap dakwaan yang dibuat Korea Utara terhadap Malaysia yang mendakwa negara ini telah bersekongkol dengan Korea Selatan dan menuduh kita bekerjasama di atas pembunuhan warganya yang berlaku baru-baru ini.

 

“Jangan menuduh melulu, siasat dulu Malaysia ni kerana Malaysia ini mempunyai kepakaran yang bertauliah di sini. Jadi kita minta PDRM siasat Kedutaan Korea Utara ini. Buat siasatan hingga ke akar umbi. Gesa mereka tarik balik tuduhan yang dibuat terhadap Malaysia, negara kita negara berdaulat,”katanya selepas menghantar memorandum bantahan tidak berpuas hati di Kedutaan Korea Utara di sini sebentar tadi.

 

Semalam, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun atau Azwan Bro menggesa Malaysia menarik balik visa kerakyatan negara itu. – SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.