Video : Pemuda PH Gesa Jamal Mohon Maaf Pada Sultan

SHAH ALAM – Pemuda Pakatan Harapan membuat satu laporan polis terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung salah guna  van jenazah menerusi satu gimik yang dilakukan di SUK baru-baru ini.

 

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Afzainizam Rahman berkata, laporan itu berhubung penyalahgunaan van jenazah yang disifatkan sebagai mempersendakan agama Islam.

“Laporan polis ini juga dibuat bagi menjunjung tinggi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam agar kenderaan jenazah tidak disalahgunakan bagi tujuan lain selain urusan asal untuk mengendalikan jenazah,” katanya di hadapan IPD Shah alam hari ini.

 

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Abbas Salimmi Azmi yang hadir sama membuat laporan turut menyangkal laporan polis yang dibuat hari ini demi menutup isu dakwaan penyelewengan dana warga emas oleh Kerajaan Negeri Selangor.

 

Menurutnya, pihaknya akan menunggu tindakan namun, sekiranya Tuanku tidak bertitah, mereka akan mengambil pendekatan lain untuk menyelesaikan isu tersebut.

 

“Kita tunggu tindakan sebaiknya untuk ambil tindakan. Jika Tuanku tidak bertitah kita akan ambil pendekatan lain,” katanya.

 

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan kenderaan jenazah di negeri itu disalah guna bagi tujuan lain selain urusan asal untuk mengendalikan jenazah.

 

Terdahulu sebanyak 15 van jenazah digunakan Gabungan NGO Melayu Malaysia mengadakan gimik di hadapan SUK Negeri Selangor.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.