Video : Korea Utara Jelaskan Belum Terima Sebarang Maklumat Dari Malaysia

KUALA LUMPUR – Kedutaan Korea Utara menjelaskan mereka tidak menerima sebarang maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Wisma Putra untuk mengambil keterangan dua rakyatnya termasuk Setiausaha Kedua kedutaannya.

 

Kaunselor Bahagian Konsulat dan Pentadbiran kedutaan itu, Kim Yu Song berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan kepada media yang pihaknya memohon kerjasama kedutaan untuk merakam percakapan dua rakyat mereka.

Bagaimanapun, katanya, sehingga ke hari ini pihaknya belum menerima sebarang surat rasmi daripada PDRM atau Wisma Putra berhubung perkara itu.

 

“Kami turut mengecam laporan sebuah media korea selatan yang melaporkan kami sudah menerima surat berkenaan semalam.

 

“Saya sudah menyatakan lebih awal semalam dalam Bahasa Korea namun mereka melaporkan sebaliknya, ” katanya kepada pemberita di hadapan kedutaannya, sebentar tadi.-SuaraTV

 

 

LAPORAN MENYUSUL

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.