Suspek Wanita Alami Muntah Akibat VX Nerve Agent

SEPANG – Salah seorang daripada dua suspek wanita kes pembunuhan pemimpin dalam buangan Korea Utara, Kim Jong-nam yang kini direman mengalami muntah dipercayai kesan bahan kimia VX Nerve Agent.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bagaimanapun tidak mendedahkan identiti suspek wanita berkenaan, lapor Kosmo.

 

“Seorang suspek wanita disahkan mengalami muntah-muntah yang dipercayai kesan bahan kimia tersebut,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

 

Beliau pagi tadi mengesahkan cecair yang digunakan dalam kes pembunuhan Jong-nam dikenal pasti sebagai ‘Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate’ atau ‘VX Nerve Agent’.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.