SPRM Tahan Pegawai Kanan Tentera Disyaki Terbabit Rasuah

Seorang pegawai kanan tentera ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang kerana disyaki terlibat rasuah.

 

Sumber SPRM memberitahu Bernama, suspek berusia 57 tahun yang berpangkat Leftenan Kolonel itu ditahan di Pejabat SPRM Temerloh pada 2.30 petang semalam selepas hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes melibatkan dirinya.

 

“Suspek yang bertanggungjawab menyelia kontraktor, memantau proses kerja, mengesahkan spesifikasi piawaian dan memperakukan tuntutan kerja oleh kontraktor di Zon Timur dipercayai menerima suapan dari kontraktor proksi termasuk syarikat milik ayahnya dengan isteri suspek merupakan pengarah syarikat berkenaan,” katanya.

 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan itu.

 

“Saya mengesahkan penahanan suspek pada hari ini dan akan ada beberapa tangkapan lagi dibuat berhubung siasatan kes ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.