Siasatan Masih Berjalan Elak Spekulasi Kata Hishammuddin

 

 

LANGKAWI – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau belum menerima laporan penuh dan terperinci mengenai penahanan seorang Leftenan Kolonel dan Staf Sarjan berhubung siasatan kes rasuah, semalam.

 

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penahanan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, lapor BH.

 

Hishamuddin berkata, adalah tidak wajar untuk menjatuhkan hukuman terhadap pegawai dan anggota terbabit kerana ia masih di peringkat siasatan.

 

“Ia masih dalam proses siasatan dan jika mereka didapati bersalah pastinya ia tidak terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.

 

“Saya, Kementerian Pertahanan dan kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pastinya tidak akan sesekali melindungi individu yang melakukan kesalahan,” katanya.

 

Suspek berusia 57 tahun itu ditangkap di pejabat SPRM Temerloh, Pahang kira-kira 2.30 petang ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes yang membabitkan dirinya.

 

Suspek dipercayai menerima ‘keuntungan atas angin’ daripada lebih 50 syarikat dilantik menjalankan kerja penyelenggaraan di Unit Senggaraan Zon Timur.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.